Rabu, 20 April 2011

SK SERING MEWAKILI QIT KOTA JEMBAL - BOLA BALING PEREMPUAN

SK. Sering telah menjuarai pertandingan bola baling peringkat QIT Kota Jembal. Pertandingan tersebut telah berlangsung di SK.Chicha Menyabong pada 7hb.Apri 2011. Kejayaan ini melayakan SK.Sering mewakili QIT Kota Jembal ke pertandingan peringkat PPD Kota Bharu.
" SK. SERING MENGUKIR NAMA, MEMAHAT KECEMERLANGAN "

Khamis, 14 April 2011

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW - QIT KOTA JEMBAL

Perlaksanaan program sukan diperingkat QIT Kota Jembal dalam usaha  mencungkil bakat baru untuk mewakili QIT ke pertandingan Sepak Takraw diperingkat PPD. Sk. Sering menjadi tuan rumah dalam pertandingan tersebut. Pasukan SK.Banggu telah menang dan menjadi wakil QIT Kota Jembal. Sk. Sering hanya mampu ditangga ke 3 sahaja.

Rabu, 13 April 2011

MERENTAS DESA 2011 SK.SERING

Unit Kokurikulum SK.Sering memulakan aktiviti bagi tahun 2011 dengan acara larian merentas desa. Minda yang pintar lahir daripada badan yang sihat. Usaha menyemarakkan kecemerlangan dalam usaha mencapai VISI dan MISI sekolah. Hasil daripada kerjasama warga sekolah acara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.